Rba.

*Exactly !!!


Soldadu-soldadu Red Bean Army (RBA) memang licik memanipulasi isu-isu semasa yang panas dalam kempen perang saraf mereka.

Tanpa disedari, ramai rakyat khususnya orang Melayu yang beragama Islam terjebak dalam permainan kotor mereka yang sebenarnya bertujuan melemahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika ini, RBA sedang mengambil kesempatan untuk menjadikan isu pelarian Rohingya yang beragama Islam untuk kepentingan politik tuan besar mereka.

Perlu diingatkan, kerajaan PN telah melakukan tindakan yang tepat apabila tidak membenarkan bot pelarian Rohingya mendarat ketika negara sedang berdepan situasi pandemik COVID-19.

Kerajaan PN yang prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat perlu mengambil tindakan tersebut agar penularan wabak itu dapat dikekang.

Pada mulanya, Pakatan Harapan (PH) cuba bersikap populis dengan mengecam tindakan kerajaan PN yang dikatakan tidak berperikemanusiaan.

Malangnya, usaha mereka gagal apabila rakyat berdiri teguh mempertahankan ketegasan kerajaan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setelah melihat sentimen rakyat itu, RBA mengubah strategi mereka dengan menggunakan percikan-percikan api kecil untuk membakar kemarahan rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.

Maka, muncullah kisah-kisah terpencil tentang perangai buruk pelarian Rohingya di negara ini yang seterusnya diperbesar-besarkan dan ditularkan dalam media sosial termasuk Facebook.

Kisah-kisah tersebut dijadikan modal RBA untuk menghasut rakyat membenci pelarian Rohingya yang dikatakan pengotor, tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah, samseng dan besar kepala.

Ada juga yang mengeluarkan hujah-hujah bagi mewajarkan kezaliman pemerintah junta Myanmar yang menyembelih kaum Rohingya di Arakan.

Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu

Kata mereka, kaum Rohingya memang patut dilayan sebegitu rupa disebabkan oleh kedegilan mereka tidak mahu berasimilasi dengan kaum majoriti di Myanmar.

Naratifnya lebih kurang sama seperti alasan yang digunakan oleh Zionis Israel bagi mewajarkan tindakan membantai rakyat Palestin sejak 1948 hingga kini.

Malah, soldadu-soldadu RBA mendakwa kononnya keadaan di Arakan kini selamat dan pelarian Rohingya sepatutnya pulang ke tempat asal mereka.

Kemudian, timbul tempikan barbaur kata-kata lucah dan kesat bagi menegaskan pendirian mengusir pelarian-pelarian Rohingya yang dikatakan sudah bersikap seperti kaduk naik junjung.

Tidak cukup dengan itu, akaun-akaun Facebook yang kononnya dimiliki oleh orang Rohingya diwujudkan bagi menyemarakkan api kemarahan netizen yang semakin menggila setelah membaca kenyataan-kenyataan berunsur penghinaan terhadap orang Melayu walaupun tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Kata seorang sahabat, orang asing tidak pandai menggunakan bahasa Melayu ringkas dalam media sosial.

Gambar-gambar lama pemimpin masyarakat Rohingya, Zafar Ahmad Abdul Ghani bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS turut ditularkan semula bagi mewujudkan persepsi kononnya dua parti yang kini bersama kerajaan PN itu bersimpati dengan pelarian Rohingya.

Walau bagaimanapun, taktik itu memakan tuan kerana banyak juga gambar-gambar bersama pemimpin-pemimpin PH termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang dirakamkan oleh Zafar.

Zafar Ahmad Nafi Kata ‘Melayu Bodoh’ Dalam Media Sosial

RBA masih tidak berputus asa dan mereka mengorek semula kenyataan-kenyataan lama pemimpin UMNO dan PAS yang bersimpati dengan Rohingya ketika bumi Arakan bermandi darah akibat kekejaman tentera junta Myanmar dan golongan ekstremis Buddha beberapa tahun lalu.

Perkembangan terbaharu ini mula menampakkan niat sebenar RBA yang cuba memanipulasi orang Melayu yang sebahagian besarnya bersimpati dengan nasib kaum Rohingya yang lari daripada kezaliman di tanah air sendiri.

Segelintir orang Melayu yang terpengaruh dengan sentimen kebencian yang dihasut oleh RBA mula mendesak kerajaan PN untuk mengusir pelarian Rohingya dari negara ini.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin PH cuba menonjolkan diri sebagai pembela kaum Rohingya.

Desakan yang didalangi RBA itu meletakkan kerajaan PN dalam situasi ‘ditelan mati anak, diluah mati bapa’.

Sekiranya kerajaan PN tidak melayan desakan tersebut, RBA akan mencucuk jarum halus dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang kononnya lebih mementingkan pendatang asing berbanding rakyat sendiri.

Sebaliknya, jika desakan itu dilayan, Malaysia pasti berdepan kecaman dan tindakan daripada masyarakat antarabangsa.

RBA akan memanipulasi isu ini sebagai salah satu modal mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan PN dan ia dijangka berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15.

Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan Fuziah – Ngeh Koo Ham

Mereka telah menggunakan strategi yang sama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan memanipulasi isu 1MDB yang banyak ditokok tambah dengan maklumat palsu dan fitnah bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Kini, RBA mengulangi modus operandi yang sama dengan menyamar sebagai orang Melayu dalam media sosial bagi mencetuskan kebencian terhadap kerajaan PN dengan berselindung di sebalik gerakan anti-Rohingya.

Sesiapa sahaja yang menegur netizen yang bersikap agak keterlaluan atau bersimpati dengan nasib orang Rohingya pasti dihambur dengan kata-kata lucah dan kesat malah ada yang menjadi mangsa buli siber.

PKR Nafi Tawar Ganjaran Hentam Kerajaan, Soldadu Amatur RBA Gigit Jari

Situasi ini saling tak tumpah seperti apa yang berlaku mulai 2008 hingga 2018 di mana sesiapa sahaja yang mempertahankan BN pasti menerima akibat yang serupa.

Rakyat Malaysia yang berfikiran rasional masih tidak terpedaya dengan propaganda jahat yang dicetuskan RBA untuk memburuk-burukkan kerajaan PN.

Mereka yakin dengan keupayaan pihak berkuasa untuk bertindak mengikut lunas undang-undang bagi menangani segelintir pelarian Rohingya yang berdegil enggan mematuhi PKP.

Mereka tidak akan terpengaruh dengan gambar-gambar palsu kononnya lelaki Rohingya telah dibelasah yang sengaja disebarkan RBA bagi menghasut rakyat mengambil tindakan sendiri.

Mereka juga tidak akan terpedaya dengan taktik licik RBA cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu MyKad palsu melibatkan warga asing termasuk pendatang dari China.

Kepada soldadu-soldadu RBA, cukup-cukuplah menipu rakyat dengan cerita-cerita mengarut semata-mata untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada rejim PH yang ditendang rakyat setelah hanya 22 bulan berkuasa.

Jangan Sekadar Baca Tajuk.

PAKATAN HARAPAN PERIKATAN NASIONAL RED BEAN ARMY ROHINGYA

Ulasan

Hussaini Amran26 April 2020 12:57

Catatan
Imej
Presiden MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani Nafi 5 Tuduhan Palsu
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani menafikan lima tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau dalam media sosial.

Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:

Saya, Zafar Ahmad bin Abdul Ghani, Presiden Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) dengan ini ingin menafikan segala tuduhan yang dilemparkan ke atas saya di media sosial.

Berikut adalah antara tuduhan palsu yang telah dilemparkan ke atas saya:

i.mengatakan orang Melayu bodoh
ii.menuntut hak sama rata dengan rakyat Malaysia
iii.menuntut hak kerakyatan penuh untuk pelarian Rohingya
iv.melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
v. mempertikaikan tindakan penguat kuasa Malaysia menolak bot daripada mendarat

Akibat daripada tuduhan palsu tersebut saya telah menerima pelbagai kecaman dan ugutan termasuk ugutan bunuh melalui telefon, WhatsApp dan Facebook saya.

Dikuasakan oleh Blogger
(c) Hussaini bin Amran

Leave a comment